welcome

Followers

Wednesday 22 February 2012

i'm a future nurse ^^


Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?
 Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.
Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau x percaya pergilah melawat.
 Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. *bukan kes nak org lain berterima kasih...but,dats d truth.only some of them will appreciate it
Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.
 Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.
 Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.kerana jururawat hanya meluahkan perasaannya sesama jururawat.
 Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.
 Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.
 Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.
 Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.
 Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.
 Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.
 Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.
 Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.
 Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?
 Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.
 Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.
 Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.
 Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.
 Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.
 Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.
 Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.
 Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.
 Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.
 Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?
 Hargailah jasa mereka.

. . . . . . . . . .

p/s : i'm a student nurse and i'm very proud with it.
*** yang penting,buat kerja dengan seikhlas hati ... :) ***

No comments:

Post a Comment

tx for reading
plz leave ur comment :)